top of page
Logo SHC 2.png

Adik-adik,

 Jom Belajar Haji

Falsafah Simulasi Haji Cilik

Falsafah Simualasi Haji Cilik Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) adalah melaksanakan proses pembelajaran peringkat pendidikan awal kanak secara holistik dan praktikal menyentuh aspek pendidikan bertunjangkan kepada tunjang-tunjang berikut; kerohanian, sikap, nilai, keterampilan, sosioemosi, pembangunan fizikal, dan tunjang kemanusiaan ke arah pembangunan manusia yang holistik

Tunjang Pendidikan Simulasi Haji Cilik

Tunjang Kerohanian

Mendidik anak-anak kenal kepada Allah dan dalam Simulasi Haji Cilik, anak-anak tadika diajar konsep melakukan ibadah haji kerana Allah

Tunjang Sikap

Melatih anak-anak bersikap positif seperti sabar, kerjasama dan lain-lain dan peringkat ini adalah peringkat umur yang sangat sesuai untuk membentuk sikap melalui pengalaman mereka sendiri.

Tunjang Nilai

Membentuk dalam diri anak-anak persefahaman, menghormati dan bertolak ansur serta nilai jati diri sebagai seorang muslim perlu melakukan ibadah kerana Allah.

Tunjang Keterampilan

Terhasil apabila anak-anak tadika berinteraksi sendiri bersama-sama rakan-rakan mereka melakukan Simulasi haji Cilik.

Tunjang Sosioemosi

Berkembang apabila anak-anak terdedah dengan suasana yang ramai, persiapan melakukan Simulasi Haji Cilik bermula dengan kenduri selamat di sekolah, memakai ihram, bersama-sama, menaiki bas menuju ke tempat Simulasi Haji, mendapatkan pengesahan dan cop serta lain-lain, semuanya membantu perkembangan sosioemosi anak-anak.

Tunjang Kemanusian

Terhasil apabila anak-anak terdedah dengan realiti kehidupan manusia seharian dan berurusan dengan mereka semua ini terjadi dalam program Simulasi Haji Cilik.

Tunjang Pembangunan Sosial

Terhasil apabila anak-anak banyak melakukan aktiviti fizikal seperti pergerakan dari tadika ke tapak lokasi Simulasi Haji Cilik, tawaf, sa'ie, melontar, bermalam di Muzdalifah  dan lain-lain.

 

Belajar Haji

Bersama Alif & Sofia

Logo SHC 2.png
bottom of page