SEKAPUR SIRIH
Puan Hajjah Zaharah Awang
( PENASIHAT KEHORMAT PERTIM )
Sesi 2024 - 2026
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Alhamdulillah PERTIM sebagai penaung kepada ahli-ahli yang terlibat dalam industri pendidikan awal kanak, berusaha menyatukan mereka dalam melaksanakan agenda membangun ummah dan memperkasa pendidikan awal kanak Islam. Perkongsian dan kerjasama dari semua ahli amat diharapkan untuk memperkukuhkan persatuan ini, keikhlasan dan memberikan sebarang sumbangan samada idea, masa, tenaga mahupun kewangan amat di alu-alukan.PERTIM adalah milik semua, marilah bersama-sama membangun dan memperkasa persatuan kita yang sangat bermakna dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak Islam. Sekian, terima kasih
Ustaz Muhidin Bin Mokter
( PENGERUSI PERTIM )
Sesi 2024-2026
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana PERTIM sebagai badan induk yang memayungi pengusaha tadika-tadika Islam di seluruh negara menjadi satu platform untuk semua warga pedidik pendidikan awal kanak-kanak. Saya dengan rendah diri menyeru semua pihak agar dapat bersatu, bersama-sama memperkasa institusi pendidikan awal kanak-kanak Islam. Jadikanlah wadah ini sebagai bahtera kesatuan,megembeling tenaga, menyumbang idea dan tenaga kearah pendidikan yang sempurna, berjaya dunia dan akhirat. Sekian terima kasih.
MATLAMAT
PENUBUHAN PERTIM
-
Mengeratkan silaturahim di kalangan ahli disamping bertukar fikiran di antara satu sama lain.
-
Meningkatkan prestasi dan mutu pendidikan dikalangan tadika ahli melalui kursus, seminar dan bengkel demi memartabatkan tadika Islam.
-
Menyediakan perkhidmatan pendaftaran, kursus pendidikan dan lain-lain.
-
Menjadi pemangkin pendidikan Islam di peringkat pra-sekolah.
-
Memberikan khidmat nasihat secara percuma kepada ahli-ahli yang bermasalah berkaitan tadika masing-masing.
-
Menjalin hubungan rapat dengan pihak-pihak yang terlibat dengan proses pembelajaran tadika dan pendaftaran tadika seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Pihak Berkuasa & Kerajaan Tempatan (PBT), dan pihak Bomba.
-
Mendapatkan khidmat nasihat pakar dikalangan profesional dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dari Universiti Tempatan
-
Memperkasa pendidikan awal kanak-kanak dengan membuat lawatan ke tadika-tadika contoh samada dalam negara mahupun luar negara